SELAMAT DATANG DI SD NEGERI SUMBERTEGUH

Sabtu, 08 Mei 2010

FIRASAT MIMPI ( MUNGKIN SAJA.........)

1.Jika anda bermimpi tersembur atau kena abu dalam hidung hingga seolah-olah tidak boleh bernafas menandakan didalam pekerjaan anda saat ini ada yang tidak sempurna.

2.Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih (adinda) anda menandakan Anda akan dikurnia pekerjaan mulia dan tinggi.

3.Jika anda bermimpi menonton agenda lucu, dan pertunjukan jenaka menandakan bahawa anda akan memperoleh suatu keuntungan yang baik dalam pekerjaan.

4.Jika anda bermimpi diajar oleh orang terutama guru atau orang tua menandakan ada Suatu kehormatan yang akan diperoleh.

5.Jika anda bermimpi bertemu dengan seorang/banyak admiral berarti hidup usaha (perniagaan) anda dan dikehidupan sosial sangatlah maju. Dan jika seorang wanita yang bermimpikan bertemu dengan admiral akan bersuamikan seorang duda yang terhormat dan kaya raya.

6.Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam beberapa hari) akan menerima khabar gembira dari sanak saudara atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bererti akan mendapatkan rezeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna akan mendapatkan khabar yang mengejutkan.

7.Jika anda bermimpi ayah Anda dan bonda atau melihat orang tua bererti sangat baik sekali kehidupan Anda selama ini dimata mereka.

8.Jika anda bermimpi melihat ayam terbang ke pohon menandakan Anda akan menerima wang. Mimpi melihat ayam betina mengeram alamat akan dikurnia kebaikan. Sedang anda bermimpi melihat ayam sedang bertelur, alamat akan mendapat untung. Dan bermimpi membeli atau dapat ayam jantan alamat Anda segera mendapat anak. Bermimpi ayam anda dicuri orang bertanda akan bersedih hati. Memelihara anak ayam bererti Anda resah/bimbang dengan rezeki sekarang.Bermimpi sedang memberi makan kepada ayam ertinya pekerjaan anda akan bertambah maju dan sukses segala yang dicita-citakan.

9.Jika anda bermimpi melihat perempuan yang ayu dan cantik alamat Anda akan bersedia dalam lamaran atau dilamar orang dan semua yang anda ingin jika tidak disertai dengan hal-hal yang Anda harapkan akan mengalami kegagalan walaupun sesungguhnya cita-cita tadi besar Ertinya.

10.Jika anda bermimpi tidur diatas ayunan, Anda akan dibawah berlayar (pergi jauh). Mimpi duduk berayun dengan seorang yang berlainan jantina alamat akan segera mendapat jodoh. Sedang mimpi jatuh dari ayunan bertanda akan ada rugi besar dalam perdagangan.

0 komentar:

Posting Komentar